LATAR BELAKANG


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Lahad Datu (SMVPLD) merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Vokasional yang menawarkan kursus pertanian di Sabah. Ia adalah Sekolah Menengah Pertanian yang keempat ditubuhkan di Malaysia.
Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 128 ekar (58 hektar) iaitu sekolah yang paling luas di Malaysia. Terletak di kilometer 13, Jalan Lahad Datu-Sandakan,  bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Segama Lahad Datu.
Tanggal 23 Mei 1988 merupakan hari pertama  SMVPLD mula beroperasi. Di awal penubuhannya sekolah ini hanya menawarkan satu kursus sahaja iaitu Pengurusan Ladang dengan bilangan pelajar seramai 39 orang sementara tenaga pengajarnya berjumlah sembilan orang termasuk pemangku pengetua.
Mulai 01 Januari 1998, SMVPLD dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu (SMTLD).  Kursus-kursus baharu aliran teknikal dan aliran vokasional mula ditawarkan selepas itu. Bermula tahun 2010,  penawaran kursus sekali lagi dirombak selaras dengan penstrukturan semula jabatan pendidikan teknikal.

Twitter Facebook Favorites More